Isu tuntutan Filipina terhadap Sabah

ISU TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH


Isu tuntutan Filipina terhadap Sabah merupakan konflik wilayah yang kompleks yang melibatkan pertindihan dakwaan kedaulatan antara dua negara jiran.

Maklumat Konflik Berdasarkan Perspektif Berbeza

  • Konflik melibatkan Malaysia dan Filipina berkaitan tuntutan wilayah Sabah. Bagi Filipina, isu pemilikan ke atas Sabah masih dianggap tergantung dan tiada penyelesaian muktamad. Walau bagaimanapun, Malaysia menganggap kes ini telah selesai berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa moden. 
  • Dakwaan Warisan Kesultanan Sulu (Realiti Tuntutan Filipina): Filipina mendakwa Sabah merupakan sebahagian daripada warisan Kesultanan Sulu, merujuk kepada perjanjian 1878 yang mereka tafsirkan sebagai pajakan (lease) dan bukannya penyerahan (cession) kedaulatan. Dakwaan ini sering didorong oleh politik domestik dan ideologi presiden Filipina pada masa-masa tertentu, seperti Macapagal dan Marcos.
  • Kedaulatan Sah Malaysia (Resolusi Berdasarkan Undang-undang Antarabangsa): Malaysia menegaskan Sabah adalah wilayah sahnya sejak 1963. Pendirian Malaysia disokong oleh:
  • Perjanjian 1963: Penglibatan Sabah dalam pembentukan Malaysia adalah melalui perjanjian sah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Penentuan Nasib Sendiri: Penyertaan Sabah adalah melalui proses penentuan nasib sendiri oleh rakyat Sabah sendiri, yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. Proses ini dianggap sah di bawah undang-undang antarabangsa moden, yang mengutamakan hak penentuan nasib sendiri berbanding tuntutan sejarah feudal.
  • Status Tuntutan: Walaupun Filipina masih mengekalkan "tuntutan tidak aktif" (dormant claim), Malaysia secara konsisten menolak untuk melayan sebarang tuntutan, menganggapnya tidak berasas di sisi undang-undang antarabangsa. Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes Ligitan dan Sipadan pada tahun 2002 turut mengiktiraf kedaulatan Malaysia ke atas kawasan tersebut, secara tidak langsung menolak tuntutan Sulu/Filipina yang berkaitan.

Bentuk Konflik

  • Tuntutan kedaulatan wilayah terhadap Sabah oleh Filipina
  • Pertikaian diplomatik antara Malaysia dan Filipina
  • Ancaman keselamatan sempadan melalui pencerobohan dan aktiviti bersenjata


Isu Utama

  • Hak kedaulatan Malaysia ke atas Sabah yang dipertikaikan oleh Filipina
  • Campur tangan politik luar yang menjejaskan kestabilan negara
  • Keselamatan sempadan Sabah akibat pencerobohan dan kegiatan militan
  • Konflik berlarutan disebabkan perbezaan tafsiran sejarah serta perjanjian lama melibatkan Kesultana Sulu


Cadangan Penyelesaian Konflik Filipina Terhadap Sabah

1) Rundingan Diplomatik secara Berterusan antara Malaysia dan Filipina

Penyelesaian konflik antara Malaysia dan Filipina melalui rundingan diplomatik telah bermula sejak 1968 melalui forum Menteri Luar Negeri ASEAN. Beberapa usaha rundingan yang dilakukan termasuk:

  • Rundingan Bangkok 1968: Beberapa rundingan telah dijalankan di Bangkok namun menemui kegagalan pada peringkat awal. Namun, usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil.
  • Pemulihan Hubungan Diplomatik: Malaysia dan Filipina bersepakat untuk kembali menjalin hubungan diplomatik dan setuju untuk tidak membahas lagi masalah Sabah pada tahun 1968.
  • Joint Commission 1993: Persetujuan dicapai pada Januari 1993 untuk menubuhkan Joint Commission antara Filipina dan Malaysia yang tidak hanya membincangkan isu pertikaian, tetapi juga mengadakan rundingan mengenai perdagangan, pelaburan, pelancongan, kedudukan pekerja dan imigran Filipina di Malaysia khususnya di Sabah.
2) Penegasan Kedudukan Malaysia melalui Undang-undang Antarabangsa

Malaysia telah mengambil langkah tegas untuk mempertahankan kedaulatannya:

  • Nota Diplomatik kepada PBB: Malaysia menghantar nota diplomatik kepada PBB menyatakan bantahan terhadap tindakan Filipina yang cuba merangkumi Sabah dalam zon ekonomi eksklusif mereka .
  • Pendirian Tegas Kerajaan Malaysia: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi mengenai mempertahankan kedaulatan negara dan tidak menerima sebarang tuntutan termasuk tuntutan ke atas Sabah .
3) Kerjasama Serantau bagi Mengekalkan Keamanan dan Kestabilan

ASEAN memainkan peranan penting dalam penyelesaian konflik dengan prinsip menyelesaikan sengketa melalui dialog. Beberapa mekanisme yang digunakan:

  • Prinsip ASEAN: Mengutamakan penyelesaian secara aman, menghormati kedaulatan negara, dan kerjasama regional.
  • Pernyataan Presiden Marcos 1977: Presiden Marcos mengumumkan tidak akan lagi menuntut Sabah untuk memastikan keharmonisan ASEAN dan memberikan dampak signifikan terhadap perpaduan, integritas, dan kemakmuran ASEAN.
  • Strategic Ambiguity: Presiden Ramos melaksanakan polisi "strategic ambiguity" untuk menumpukan kepada kerjasama ekonomi dengan Malaysia sambil membiarkan polisi tuntutan Sabah kekal dorman dan tidak aktif.
  • Cadangan Penyelesaian Melalui ASEAN: Menteri Besar Sabah Shafie Apdal menyarankan agar permasalahan sengketa atas Sabah diselesaikan sekali untuk selamanya dengan pemerintah Filipina dan Malaysia melakukan pertemuan bilateral melalui medium ASEAN .


RUJUKAN

Abdul Rahman, Z. (2020). Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Antara realiti dan resolusinya. Berita USM.
https://news.usm.my/index.php/rencana-features/6833-tuntutan-filipina-terhadap-sabah-antara-realiti-dan-resolusinya

Awang, J. (2019). Isu tuntutan Sabah oleh Filipina: Analisis dari perspektif sejarah dan undang-undang antarabangsa (Tesis sarjana). Universiti Malaysia Sabah.
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35510/1/24%20PAGES.pdf

Wikipedia. (n.d.). Tuntutan Sabah.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntutan_Sabah

Tirto.id. (2019). Filipina dan Malaysia menyelesaikan sengketa Sabah melalui ASEAN.
https://tirto.id/filipina-dan-malaysia-menyelesaikan-sengketa-sabah-melalui-asean-gS1F



Comments